2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
1. Memaksa
menerima nasihat
Nasihat residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan kecuali hal agama Islam
dan adat istiadat Melayu.
2. Menguasai
pentadbiran
Sultan dan pembesar hilang kuasa kerana residen menjalankan segala
urusan pentadbiran.
3. Mengambil
alih pungutan cukai
Hasil cukai dipungut oleh Pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil.
4. Mencampuri
adat
Residen British telah menghapuskan adat perhambaan yang diamalkan turun-temurun
oleh masyarakat Melayu tradisional.
2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
1. Sistem residen tidak
teratur dan ada kelemahan.
2. Setiap
residen tidak diberikan panduan yang jelas untuk menjalankan tugas.
3. Kuasa
residen menjadi terlalu besar sehingga Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura
gagal mengawal kuasa Residen.
4. Pentadbiran
tidak seragam di setiap negeri kerana mempunyai undang-undang yang tersendiri.
5. Kelemahan
sistem residen menyebabkan negeri-negeri ini disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896.
6. Faktor
lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:
a. Krisis
kewangan Pahang
Perbelanjaan negeri meningkat akibat kebangkitan rakyat menentang
British. Masalah ini dapat diringankan jika Pahang disatukan dengan
negeri-negeri kaya seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
b. Perkongsian
perkhidmatan pakar
Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.
c. Sistem
perhubungan
Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara
Negeri Melayu dapat dimajukan.
d. Faktor
keselamatan
Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.
7. Perjanjian
Persekutuan ditandatangani pada 1895, dan telah berkuatkuasa pada 1896. Pusat
pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen
Jeneral. Residen Jeneral yang pertama ialah Frank Swettenham.
8. Persekutuan
ialah gabungan beberapa negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran
kerajaan persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan pusat dan kerajaan
negeri.
·
Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka
menjadi persekutuan NNMB.
·
Raja-raja bersetuju menerima seorang Residen
Jeneral.
·
Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen
Jeneral dalam semua perkara kecuali perkara agama Islam dan adat-istiadat
Melayu.
·
Raja-raja bersetuju membantu negeri yang memerlukan
bantuan mengikut nasihat British.
·
Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya
Tinggi NNMB yang juga merupakan Gabenor NNS.
10. Berikut
ialah struktur pentadbiran Persekutuan 1896 / NNMB:
Pesuruhjaya Tinggi British (Gabenor NNS di Singapura)
Residen Jeneral (Berpusat di Kuala Lumpur)
Residen (di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang)
2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibaan Sultan
1. Pembentukan
Persekutuan menyebabkan kuasa pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral.
2. Residen
Jeneral juga berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
3. Pelbagai
jabatan telah diadakan dan diketuai oleh pegawai British.
4. Penglibatan
orang Melayu dihadkan.
5. Contoh
jabatan ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan
Perkhidmatan Awam.
6. Kuasa
sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen Jeneral.
7. Sultan menyuarakan
rasa tidak puas hati kepada British.
8. British
bersetuju untuk menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada tahun
1897.
9. Durbar
terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan
empat orang residen.
11. Durbar
merujuk kepada perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri
berkenaan.
12. Perbincangan
Durbar tertumpu kepada hal ehwal, adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu.
13. Durbar
menjadi asas kepada kewujudan Majlis Persidangan Raja-raja Melayu yang ada pada
hari ini.
14. Durbar
pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada 1897.
16. Sultan
Perak iaitu Sultan Idris telah membuat beberapa kritikan dan cadangan:
a. Kuasa
berpusat di tangan Residen Jeneral. British didesak mengembalikan kuasa kepada
raja-raja Melayu.
b. Menambahkan
bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
d. Mengiktirafkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
17. Kesan
daripada desakan Sultan Idris di Durbar kedua:
a. British
menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909.
b. Residen
Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.
c. British
menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan