2.2.1 British Campur Tangan di Perak
(a) Perang Larut yang Dicetuskan oleh Kongsi Gelap Cina
1. Long
Jaafar membawa masuk pelombong-pelombong Cina untuk memajukan perlombongan
bijih timah di Larut.
2. Pergaduhan
di antara kongsi gelap Cina - Ghee Hin dan Hai San telah mencetuskan Perang Larut.
3. Perang
Larut telah menjejaskan perusahaan bijih timah.
4. Ngah Ibrahim (Menteri Larut) melantik Kapten Speedy untuk menamatkan Perang Larut.
(b) Perebutan Takhta di Kalangan Pembesar Melayu
5. Keadaan di
Perak bertambah buruk apabila sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi.
6. Sistem
pewarisan takhta di Perak mengkehendaki seseorang anak raja memegang tiga
jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak
ditabal sebagai sultan.
7. Selepas
kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail iaitu Raja Bendahara telah dilantik menjadi
sultan.
8. Raja
Abdullah yang merupakan Raja Muda telah diketepikan kerana tidak menghadiri
upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun dijemput.
9. Raja Yusuf
(Raja Di Hilir) diketepikan kerana tidak disukai pembesar Perak.
10. Raja
Abdullah menentang pelantikan Sultan Ismail dengan disokong oleh pembesar di
Hilir Perak seperti Dato’ Sagor dan Dato’ Maharajalela.
11. Perak
berpecah kepada dua:
·
Raja Ismail berkuasa di Hulu Perak.
·
Raja Abdullah berkuasa di Hilir Perak.
12. Raja
Abdullah minta British mengiktirafkan beliau sebagai sultan Perak.
(c) Campur Tangan British di Negeri Perak
13. Andrew
Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin-pemimpin kongsi gelap
Cina berunding di Pulau Pangkor.
14. Pembesar Melayu
yang hadir ialah Raja Abdullah, Dato’ Sagor, dan Ngah Ibrahim.
15. Raja
Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.
16. Masyarakat
Cina:
·
Kapitan Chung Ah Kwee merupakan ketua Kumpulan Hai
San. Beliau merupakan antara wakil yang hadir rundingan.
·
Bersetuju menghentikan pergaduhan.
·
Menerima pihak British sebagai orangan tengah dalam
urusan perlombongan bijih timah.
l Raja
Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak.
l Raja
Ismail diakui sebagai Raja Muda.
l Sultan
menerima Residen British yang memberi nasihat dalam semua perkara kecuali
hal-hal berkaitan dengan Islam dan adat Melayu.
l Residen
berkuasa penuh dalam pungutan cukai di Perak.
18. Kesan
daripada Perjanjian Pangkor ialah bermulanya penguasaan British secara langsung dalam pentadbiran dan
ekonomi di Perak. British juga mencari peluang untuk menguasai negeri-negeri
Melayu yang lain.
19. Residen
Perak: J.W.W. Birch
2.2.2 Campur Tangan British di Selangor
1. Apabila
Raja Sulaiman (pemerintah Klang) mangkat, Klang diserahkan kepada Raja
Abdullah. Putera kepada Raja Sulaiman iaitu Raja Mahadi rasa tidak puas hati.
2. Raja
Abdullah memajukan perlombongan bijih timah di Klang dengan membawa masuk
pelombong-pelombong Cina dan telah membuka lombong di Kuala Lumpur dan Ampang.
3. Kekayaan di
Klang menyebabkan perebutan di antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Perang
saudara ini dinamakan Perang Klang.
4. Perang
Klang telah menjejaskan perdagangan di Klang.
5. Sultan Abdul
Samad melantik menantunya Tengku Kudin untuk menamatkan pergaduhan ini.
6. Tengku
Kudin tidak dapat menyelesaikan pergaduhan ini kerana beliau tidak diterima
oleh pembesar Selangor atas sebab beliau bukan anak negeri Selangor.
7. Beliau
meminta bantuan daripada British. British menggunakan kapal perang H.M.S.
Rinaldo membedil Kuala Selangor.
8. Bantuan
British telah membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dn menamatkan Perang
Klang.
9. British
mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British, tetapi gagal.
10. British
menggunakan alasan untuk mendesak Sultan Abdul Samad menerima seorang Residen,
iaitu
a. rompakan
sebuah kapal dagang British di Langat pada tahun 1873
b. serangan
di rumah api Tanjong Rachado pada tahun 1874
11. Residen
Selangor: J.G. Davidson
2.2.3 Campur Tangan British di Negeri Sembilan
1. Dato’
Kelana menjadi pemerintah di Sungai Ujong. Dato’ Bandar ingin menegakkan
kuasanya di Sungai Ujong.
2. Sungai
Linggi dalam daerah Sungai Ujong ialah jalan perhubungan utama ke pelabuhan
Melaka.
3. Pembesar
yang menguasai Sungai Linggi dapat mengutip cukai daripada pedagang yang
melalui sungai ini.
4. Perebutan
ke atas penguasaan Sungai Linggi mencetuskan pergaduhan di antara Dato’ Kelana
dengan Dato’ Bandar.
5. Dato’
Bandar mendapat sokongan daripada penduduk tempatan dan pelombong-pelombong
Cina.
6. Pada tahun
1874, Dato’ Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British.
Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong manakala British
mempunyai kuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi.
7. P.J.
Murray menjadi Residen Sungai Ujong.
8. Dato’
Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan menentang British mengutip
cukai di Sungai Linggi.
9. British
memberi bantuan tentera kepada Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar. Dato’
Bandar dibuang negeri ke Singapura.
10. British
meluaskan kuasanya di Rembau, Jelebu dan Seri Menanti dengan cara menempatkan
pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
11. Pegawai
Majistret dan Pemungut Hasil:
·
Menguatkuasakan
undang-undang British.
·
Memungut cukai
·
Ditukar kepada
Pegawai Daerah pada tahun 1896
12. Pada 1895,
semua daerah telah disatukan dan menjadi persekutuan Negeri Sembilan.
13. Tunku
Muhammad ibni Tunku Antah iaitu Yamtuan Seri Menanti telah ditabalkan sebagai
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.
14. Residen
Negeri Sembilan: Martin Lister
2.2.4 Campur Tangan British di Pahang
1. Pahang
tidak sekaya negeri-negeri Melayu yang lain. British mahu menguasai Pahang
untuk menghalang kuasa Eropah yang lain bertapak di NNM.
2. Kuasa yang
berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Asia Tenggara ialah Perancis, Rusia dan
Jerman.
3. SultanAhmad berusaha mengelakkan Pahang daripada dijajah oleh British.
4. Sultan
Ahmad mencontohi Sultan Abu Bakar dari Johor dalam membangunkan Pahang bagi
menyekat perluasan pengaruh British.
5. Pelabur-pelabur
Eropah telah dibawa masuk untuk memajukan Pahang.
6. Tindakan
ini tidak disenangi oleh British kerana kepentingan ekonomi mereka telah
terjejas.
7. Pada tahun
1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld memujuk Sultan Ahmad menerima Residen
British tetapi gagal.
8. Pada tahun
1887, British meminta Sultan Abu Bakar dari Johor memujuk Sultan Ahmad untuk
menerima Residen British. Tetapi Sultan Ahmad hanya terima seorang wakil
British yang terhad kuasanya, iaitu Hugh Clifford.
9. Wakil
British merupakan seorang pegawai Konsul yang mengurus dan melindungi rakyat
British di negeri lain.
10. Pada tahun
1888, seorang warganegara British berbangsa Cina, Go Hui ditemui mati
berdekatan dengan istana Sultan Ahmad.
11. British
mendesak Sultan Ahmad menerima seorang Residen British dengan alasan baginda
tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang.
12. Residen Pahang:
J.P. Rodger
Tiada ulasan:
Catat Ulasan