Selasa, 19 Mei 2015

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3.1 Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU) Semasa Zaman Imperialis Baru


3.1 Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu

1.      Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU) terdiri daripada:


a.       Perlis
b.      Kedah
c.       Kelantan
d.      Terengganu







2.      Zaman imperialis baru ialah zaman kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika pada akhir adab ke-19.




3.      Imperialis baru di Asia Tenggara terutamanya di Siam dan Tanah Melayu:


Imperialis Baru
Tempat diminati
Tujuan
a)
Perancis
·      Lembah Menam Chao Phraya
·      Segenting Kra (Membina terusan)

l  mendapatkan bahan mentah
l  mencari tanah jajahan
b)
Rusia
Ujung Salang
c)
Jerman
Pulau Langkawi
d)
Amerika Syarikat
Terengganu (Pulau Redang)



4.      Tanah Melayu dan Siam kaya dengan bahan mentah telah menjadi rebutan imperialis.

5.      Pembinaan terusan di Segenting Kra yang dirancang oleh Perancis akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.

6.      Kebimbangan ini menyebabkan British meluaskan pengaruhnya ke NNMU di Tanah Melayu.



7.      Perjanjian Sulit British-Siam 6 April 1897
l  Siam tidak akan menyerahkan NNMU kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British.
l  British mengakui hak Siam ke atas NNMU.
l  British akan membantu Siam jika diserang musuh.

Ø  Tujuan perjanjian sulit ini adalah untuk menghalang Siam daripada menyerahkan atau membenarkan kuasa lain bertapak di selatan Siam.

Ø  Perjanjian ini gagal kerana sultan-sultan di NNMU telah menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa lain:
a.       Sultan Kelantan memberi konsesi tanah kepada Duff Development Company untuk melombong emas di Kelantan.
b.      Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang.



8.      Perjanjian Perisytiharan British-Siam 1902 
l  British mengiktiraf NNMU diletakkan di bawah naungan Siam.
l  Siam melantik warga-warga British sebagai penasihat sultan.
l  H.E. Duke di Perlis, Meadowe Frost di Kedah, W.A. Graham di Kelantan.
l  Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing.
l  British berjaya mengukuhkan pengaruhnya di NNMU.

l  Menjayakan impian British untuk menguasai Tanah Melayu.
l  Siam menyerahkan NNMU kepada British.
l  Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.
l  British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.



Ø  Hak Wilayah Asingan ialah hak yang diberikan kepada konsul British bagi menjalankan kuasa perundangan ke atas warga negara British. Rakyat British diadili mengikut sistem perundangan British dan tidak mengikut sistem perundangan Siam / negara tempatan.

Ø  Kesan daripada Perjanjian Bangkok 1909:
a.       Sungai Golok dijadikan sempadan antarabangsa. Tabal diserahkan oleh British kepada Siam. Manakala Siam menyerahkan Reman kepada Kelantan dan Perak.
b.      Sultan Kelantan membantah penyerahan Tabal kepada Siam. Penduduk Melayu yang tidak puas hati telah berhijrah ke Kelantan kerana tidak mahu berada di bawah pemerintahan Siam.

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2.3 - 2.5 Residen British dan Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar

1.      Memaksa menerima nasihat
Nasihat residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

2.      Menguasai pentadbiran
Sultan dan pembesar hilang kuasa kerana residen menjalankan segala urusan pentadbiran.

3.      Mengambil alih pungutan cukai
Hasil cukai dipungut oleh Pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

4.      Mencampuri adat
Residen British telah menghapuskan adat perhambaan yang diamalkan turun-temurun oleh masyarakat Melayu tradisional.

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu



1.      Sistem residen tidak teratur dan ada kelemahan.


2.      Setiap residen tidak diberikan panduan yang jelas untuk menjalankan tugas.


3.      Kuasa residen menjadi terlalu besar sehingga Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.


4.      Pentadbiran tidak seragam di setiap negeri kerana mempunyai undang-undang yang tersendiri.


5.      Kelemahan sistem residen menyebabkan negeri-negeri ini disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896.


6.      Faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:
a.      Krisis kewangan Pahang
Perbelanjaan negeri meningkat akibat kebangkitan rakyat menentang British. Masalah ini dapat diringankan jika Pahang disatukan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
b.      Perkongsian perkhidmatan pakar
Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.
c.       Sistem perhubungan
Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara Negeri Melayu dapat dimajukan.
d.      Faktor keselamatan
Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

7.      Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 1895, dan telah berkuatkuasa pada 1896. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral yang pertama ialah Frank Swettenham.

8.      Persekutuan ialah gabungan beberapa negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

·      Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi persekutuan NNMB.
·      Raja-raja bersetuju menerima seorang Residen Jeneral.
·      Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali perkara agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
·      Raja-raja bersetuju membantu negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat British.
·      Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi NNMB yang juga merupakan Gabenor NNS.

10.   Berikut ialah struktur pentadbiran Persekutuan 1896 / NNMB:


Pesuruhjaya Tinggi British (Gabenor NNS di Singapura)
Residen Jeneral (Berpusat di Kuala Lumpur)
Residen (di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang)


2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibaan Sultan
1.      Pembentukan Persekutuan menyebabkan kuasa pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral.


2.      Residen Jeneral juga berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.

3.      Pelbagai jabatan telah diadakan dan diketuai oleh pegawai British.


4.      Penglibatan orang Melayu dihadkan.


5.      Contoh jabatan ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.

6.      Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen Jeneral.


7.      Sultan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada British.


8.      British bersetuju untuk menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada tahun 1897.


9.      Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan empat orang residen.

10.   Durbar bermaksud istana raja.


11.   Durbar merujuk kepada perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan.


12.   Perbincangan Durbar tertumpu kepada hal ehwal, adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu.


13.   Durbar menjadi asas kepada kewujudan Majlis Persidangan Raja-raja Melayu yang ada pada hari ini.

14.   Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada 1897.

15.   Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 1903.


                                                           
                                                            Sultan Idris (Sultan Perak)                            


                                                        Sultan Idris semasa baginda muda

16.   Sultan Perak iaitu Sultan Idris telah membuat beberapa kritikan dan cadangan:
a.      Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. British didesak mengembalikan kuasa kepada raja-raja Melayu.
b.      Menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
c.       Memberikan jawatan yang lebih tinggi kepada pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
d.      Mengiktirafkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

17.   Kesan daripada desakan Sultan Idris di Durbar kedua:
a.      British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909.
b.      Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha.

c.       British menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.