Khamis, 9 April 2015

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2.1 Pengenalan dan Faktor yang Mendorong British Campur Tangan di Negeri-Negeri Melayu

BAB 2 KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH





Pengenalan
·      Perubahan daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan perusahaan.
·      Perubahan daripada pengeluaran di rumah kepada pengeluaran di kilang.

2.     Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.

3.     Hubungan NNS dengan NNM:
·      NNS ialah pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan NNM.
·      Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di NNM.

2.1 Faktor yang Mendorong Campur Tangan British
1.      Kekayaan hasil bumi
Ø  NNM kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu.
Ø  British bimbang NNM jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain.

2.      Revolusi Perindustrian
Ø  British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan.
Ø  menjadikan NNM tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka.

3.      Terusan Suez dan kapal wap


Ø  Kapal wap
·      mempercepat perjalanan.
·      muatan yang lebih banyak.




·      memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.
·      Menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean.

4.      Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
Ø  Belanda di Indonesia, Perancis di Indochina, Sepanyol di Filipina.

5.      Pertukaran kerajaan mengubah dasar British
Ø  Parti Konservatif (dasar campur tangan) mengambil pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal (dasar tidak campur tangan).

6.      Desakan pedagang NNS
Ø  Pertelingkahan di antara pembesar Melayu dan pergaduhan di antara kongsi gelap Cina menyebabkan kerugian pedagang-pedagang Negeri-Negeri Selat.

Ø  Mereka meminta kerajaan British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka.