Khamis, 19 Mac 2015

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1.4 SHTI Mendapatkan Singapura


1.4 Pertapakan SHTI di Singapura



1.4.1 SHTI gagal memajukan Pulau Pinang

1.      SHTI gagal memajukan Pulau Pinang kerana

a.       kedudukan Pulau Pinang terlalu utara di Selat Melaka.

b.      kebanyakan kapal dagang berdagang di selatan Selat Melaka iaitu di Betawi, Riau dan Lingga.

2.      Perdagangan SHTI dengan China semakin penting kerana teh, sutera, kapas dan bahan pencelup dari China mendapat pasaran yang menguntungkan di Eropah.

3.      SHTI memerlukan satu pelabuhan di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China dengan India.

4.      SHTI sempat menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon.

5.      Belanda ditawan oleh Perancis. Perancis ingin meluaskan kuasanya di tanah jajahan Belanda di Timur.

6.      Untuk melindungi tanah jajahannya di Timur, Raja Belanda telah menandatangani Surat-Surat Kew dengan kerajaan British pada 1795.

7.      Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur kepada British sehingga Perang Napoleon tamat.

8.      Selepas Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda.

9.      Belanda telah mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi.

10.   Stamford Raffles ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru.

11.   Percubaan Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh, dan Riau gagal.

12.   Hasrat British menyaingi pengaruh Belanda gagal.

1.4.2 Singapura pangkalan perdagangan yang strategik

1.      Singapura adalah sebahagian daripada wilayah kerajaan Johor.

2.      Kedudukan Singapura strategik kerana terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

3.      Singapura sesuai djadikan pelabuhan bebas, pangkalan yang dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi dan menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.

4.      Stamford Raffles berazam mendapatkan Singapura tetapi Sultan Abdul Rahman yang memerintah kerajaan Johor adalah di bawah pengaruh Belanda.

5.      Jajahan takluk kerajaan Johor pada awal abad ke-19:


Pahang
Pada tahun 1819, Pahang diperintah oleh Bendahara Ali daripada keturunan Bendahara Johor.
Johor dan Singapura
Temenggung Abdul Rahman merupakan pemerintah Johor dan Singapura pada 1811. Kuala Sungai di Singapura merupakan pusat pentadbiran dan pelabuhan.
Riau dan Lingga
Sultan Abdul Rahman merupakan pemerintah kerajaan Johor. Pusat pentadbirannya terletak di Lingga.

 

1.4.3 Taktik Raffles mengambil Singapura



1.      Stamford Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819.

2.      Temenggung Abdul Temenggung terpaksa menangani perjanjian itu kerana bimbang diserang oleh Raffles dan angkatan tenteranya.

3.      Syarat perjanjian:

a.       SHTI boleh mendirikan loji di Singapura.

b.      SHTI melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.

c.       SHTI membayar 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.

d.      SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain.

4.      Perjanjian ini tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman.

5.      Raffles menghidupkan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor bagi memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda.

6.      Raffles menggunakan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai sultan.

7.      Masalah Pewarisan Takhta Kerajaan Johor:

a.       Sultan Johor (Sultan Mahmud III) mangkat pada 1812.

b.      Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman.

c.       Mengikut adat Melayu, pengganti sultan dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan.

d.      Tengku Hussein berada di Pahang.

e.       Pembesar Johor dengan sokongan Belanda telah melantik Tengku Abdul Rahman sebagai pengganti sultan.

8.      Raffles memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor.

9.      Pada 6 Februari 1819, Sultan Hussein mengiktirafkan perjanjian awal yang dibuat oleh Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles.

10.   Oleh itu, SHTI bertapak di Singapura secara rasmi.

11.   Residen Singapura wujud selepas ini iaitu William Farquhar (1819 – 1823) dan John Crawfurd (1823 – 1826).

12.   Kerajaan Johor mempunyai dua orang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura dan Sultan Abdul Rahman di Lingga.

 1.4.4 SHTI mencengkam Singapura

1.      Raffles mendapati perjanjian pada 1819 tidak membolehkan beliau berkuasa penuh di Singapura.

2.      Raffles memaksa Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk menandatangani Perjanjian 7 Jun 1823:

a.       Sultan menerima bayaran 1500 dolar Sepanyol manakala Temenggung menerima bayaran 800 dolar Sepanyol setiap bulan.

b.      SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.

c.       Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.

d.      Undang-undang British dikuatkuasakan.

3.      John Crawfurd memaksa Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk menandatangani Perjanjian 2 Ogos 1824:

a.       Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya.

b.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah taklukannya.

c.       Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau waris mereka boleh menetap di tanah milik mereka di Singapura atau berpindah dari Singapura.

4.      Sultan Hussein berpindah ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat Perjanjian 2 Ogos 1824.

5.      SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran Singapura dari Kuala Sungai ke Teluk Belanga untuk memajukan Singapura.

6.      SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.

7.      Pada 1866, pusat pemerintahan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.












2 ulasan: