Khamis, 19 Mac 2015

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1.1 - 1.3 SHTI Mendapatkan Pulau Pinang dan Seberang Perai


1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur (SHTI) di Pulau Pinang




















Rujukan-rujukan berkenaan SHTI:
a) Rujukan Bahasa Melayu - SHTI
b) Rujukan Bahasa Inggeris - East India Company
c) Rujukan Bahasa Cina 大不列颠东印度公司



1.      Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

- ditubuhkan di England pada tahun 1600.

- menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.

 2.      Kedudukan Pulau Pinang strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.

1.1.1 Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI

Pulau Pinang dapat memenuhi keperluan SHTI iaitu:

a.       Pusat Pengumpulan Barang

l  SHTI memerlukan teh dari China kerana mendapat pasaran baik di Eropah.

l  China memerlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam.

l  Barang-barang tersebut boleh didapati di Kepulauan Melayu.

l  Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan barang.

b.      Pelabuhan Persinggahan

l  Membekalkan air, makanan, kemudahan membaiki kapal sebelum ke Canton, China.

l  Menjadi tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

c.       Pangkalan Tentera

l  British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.

l  Pulau Pinang sesuai mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.

1.1.2 Kedaulatan Kedah tercabar

1.      Kuala Kedah, pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.

2.      Dasar buka pintu membolehkan Kuala Kedah maju sebagai pelabuhan antarabangsa.

3.      Kedah susah mengekalkan kedaulatan dan kemakmurannya kerana Kedah menghadapi cabaran dari dalam dan luar negeri.

 Ancaman Bugis

a.       Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.

b.      Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.

Anak gahara ialah anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja.

c.       Kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor yang dipimpin oleh Raja Haji. Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.

d.      Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar.

e.       Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapat bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis.

f.       Pada 1771, firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.

g.      Perjanjian ditandatangani:

l  Kedah membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah.

l  Firma memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah.

h.      Perjanjian dibatalkan kerana firma enggan memberi bantuan ketenteraan untuk menyerang Bugis di Selangor.

Ancaman Siam

a.       Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma.




b.      Bunga emas merupakan pokok yang diperbuat daripada emas. Bunga emas dihantar oleh Negeri-Negeri Melayu Utara kepada Siam tiga tahun sekali sebagai tanda persahabatan.

c.       Setelah peperangan tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia.

d.      Sultan Abdullah mendapatkan bantuan ketenteraan daripada SHTI.

e.       Sultan Abdullah sanggup menawarkan Pulau Pinang jika SHTI dapat melindungi Kedah daripada ancaman Siam.


1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang


Rujukan Wikipedia - SHTI Mungkir Janji

1.      SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka terjejas akibat dasar monopoli Belanda.

2.      Pada 1786, Francis Light menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dengan Sultan Abdullah. Kedah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang manakala SHTI memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah.

3.      Syarat-syarat Perjanjian Inggeris – Kedah 1786:

·       SHTI membantu Kedah jika Kedah diserang oleh musuh.

·       SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.

·       SHTI membayar pampasan 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan.

4.      Pada 11 Ogos 1786, bendera Union Jack dikibarkan di Pulau Pinang. Pulau Pinang dinamakan “Prince of Wales Island” dan petempatan SHTI dinamakan Georgetown. 

5.      Pendudukan SHTI di Pulau Pinang menandakan permulaan penjajahan British di Tanah Melayu.

6.      Siam menakluki Patani dan mengancam Kedah pada 1786.

7.      Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI tetapi ditolak kerana SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

8.      Sultan Abdullah mendesak SHTI meninggalkan Pulau Pinang tetapi Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.

9.      Francis Light menawarkan ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.

10.   Pada 1791, Sultan Abdullah mendapatkan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil balik Pulau Pinang.

11.   Francis Light meminta bantuan daripada tentera British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai.

12.   Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.

13.   SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi dengan membayar ganjaran 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.

14.   George Leith dilantik menjadi Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai



1.      SHTI memerlukan Seberang Perai

·       sebagai benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari tanah besar.

·       kerana tanahnya subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang.

2.      Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.

3.      George Leith menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 dengan Sultan Dziauddin.

4.      Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI dengan bayaran 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.

5.      Pada 1821, Kedah ditakluki oleh Siam. SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan.

6.      Pada 1826, Raja Siam iaitu Raja Rama III telah menandatangani Perjanjian Burney 1826 dengan Henry Burney di Bangkok. Antara syarat-syaratnya ialah:

·       British mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah.

·       Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

·       Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.

·       British tidak akan membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.

·       British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan