Selasa, 24 Mac 2015

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1.5 - 1.6 Perpecahan Kepulauan Melayu dan Pembentukan Negeri-Negeri Selat


1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu

1.      Belanda mempertikaikan tindakan Stamford Raffles membuka petempatan di Singapura kerana menganggap Singapura adalah di bawah pengaruh Belanda.

2.      Belanda juga bimbang kemajuan pelabuhan di Singapura akan mengancam perdagangannya di Belanda.

3.      British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana yakin Singapura akan menjadi pelabuhan bebas dan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu.

4.      Perjanjian Inggeris – Belanda 1824 英荷条约或伦敦条约 @ Persetiaan London:

a.       Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.

b.      Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.

c.       Belanda menyerahkan Melaka kepada British manakala British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda.

d.      British berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Selatan Singapura.

5.      Kesan daripada Perjanjian Inggeris – Belanda 1824:

a.       Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh dan kerajaan Johor berpecah.

b.      Tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British.

c.       Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda.

d.      British bebas meluaskan pengaruhnya di Semenanjung Tanah Melayu.


1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat








1.      Pada 1824, SHTI mempunyai 3 petempatan di Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura.

2.      Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor manakala Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.

3.      Pada 1826, ketiga-tiga petempatan ini digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS) 海峡殖民地.

4.      Tujuan NNS ditubuhkan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan.

5.      Pada 1932, Singapura telah menggantikan Pulau Pinang menjadi ibu negeri NNS kerana kedudukannya lebih strategik dan menguntungkan.

6.      Struktur pentadbiran NNS pada tahun 1826:

Gabenor Jeneral British di India
Gabenor Negeri-Negeri Selat
Residen Konsuler
Pulau Pinang
Residen Konsuler
Melaka
Residen Konsuler
Singapura

7.      Gabenor Jeneral British di India bertanggungjawab menggubal semua dasar dan undang-undang di NNS.

8.      Penduduk dan saudagar tempatan rasa tidak puas hati kerana seolah-olahnya NNS ialah tanah jajahan India.

9.      Saudagar-saudagar British di NNS merayu kepada kerajaan British untuk memindahkan pentadbiran NNS ke London.

10.   Pada 1867, NNS diisytihar sebagai tanah jajahan British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London.

11.   Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri.

12.   Faktor pemindahan pentadbiran NNS dari India ke London:

a.      SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS.

b.      NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.

c.       Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal. Mereka menubuhkan kongsi gelap dan sering melakukan kekacauan.

d.      Pengenalan Akta Mata Wang 1855 iaitu penggantian penggunaan dolar Sepanyol oleh rupee India. Keadaan ini merugikan para pedagang kerana nilai rupee India rendah.




e.       Penduduk tempatan membantah kerana British menjadikan NNS sebagai tempat pembuangan banduan.

13.   Pada 1871 NNS mengeluarkan mata wang sendiri bagi menggantikan dolar Sepanyol dan rupee India.







Khamis, 19 Mac 2015

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1.4 SHTI Mendapatkan Singapura


1.4 Pertapakan SHTI di Singapura



1.4.1 SHTI gagal memajukan Pulau Pinang

1.      SHTI gagal memajukan Pulau Pinang kerana

a.       kedudukan Pulau Pinang terlalu utara di Selat Melaka.

b.      kebanyakan kapal dagang berdagang di selatan Selat Melaka iaitu di Betawi, Riau dan Lingga.

2.      Perdagangan SHTI dengan China semakin penting kerana teh, sutera, kapas dan bahan pencelup dari China mendapat pasaran yang menguntungkan di Eropah.

3.      SHTI memerlukan satu pelabuhan di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China dengan India.

4.      SHTI sempat menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon.

5.      Belanda ditawan oleh Perancis. Perancis ingin meluaskan kuasanya di tanah jajahan Belanda di Timur.

6.      Untuk melindungi tanah jajahannya di Timur, Raja Belanda telah menandatangani Surat-Surat Kew dengan kerajaan British pada 1795.

7.      Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di Timur kepada British sehingga Perang Napoleon tamat.

8.      Selepas Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda.

9.      Belanda telah mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi.

10.   Stamford Raffles ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru.

11.   Percubaan Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh, dan Riau gagal.

12.   Hasrat British menyaingi pengaruh Belanda gagal.

1.4.2 Singapura pangkalan perdagangan yang strategik

1.      Singapura adalah sebahagian daripada wilayah kerajaan Johor.

2.      Kedudukan Singapura strategik kerana terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

3.      Singapura sesuai djadikan pelabuhan bebas, pangkalan yang dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi dan menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.

4.      Stamford Raffles berazam mendapatkan Singapura tetapi Sultan Abdul Rahman yang memerintah kerajaan Johor adalah di bawah pengaruh Belanda.

5.      Jajahan takluk kerajaan Johor pada awal abad ke-19:


Pahang
Pada tahun 1819, Pahang diperintah oleh Bendahara Ali daripada keturunan Bendahara Johor.
Johor dan Singapura
Temenggung Abdul Rahman merupakan pemerintah Johor dan Singapura pada 1811. Kuala Sungai di Singapura merupakan pusat pentadbiran dan pelabuhan.
Riau dan Lingga
Sultan Abdul Rahman merupakan pemerintah kerajaan Johor. Pusat pentadbirannya terletak di Lingga.

 

1.4.3 Taktik Raffles mengambil Singapura



1.      Stamford Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819.

2.      Temenggung Abdul Temenggung terpaksa menangani perjanjian itu kerana bimbang diserang oleh Raffles dan angkatan tenteranya.

3.      Syarat perjanjian:

a.       SHTI boleh mendirikan loji di Singapura.

b.      SHTI melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.

c.       SHTI membayar 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.

d.      SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain.

4.      Perjanjian ini tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman.

5.      Raffles menghidupkan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor bagi memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda.

6.      Raffles menggunakan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai sultan.

7.      Masalah Pewarisan Takhta Kerajaan Johor:

a.       Sultan Johor (Sultan Mahmud III) mangkat pada 1812.

b.      Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Hussein dan Tengku Abdul Rahman.

c.       Mengikut adat Melayu, pengganti sultan dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan.

d.      Tengku Hussein berada di Pahang.

e.       Pembesar Johor dengan sokongan Belanda telah melantik Tengku Abdul Rahman sebagai pengganti sultan.

8.      Raffles memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor.

9.      Pada 6 Februari 1819, Sultan Hussein mengiktirafkan perjanjian awal yang dibuat oleh Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles.

10.   Oleh itu, SHTI bertapak di Singapura secara rasmi.

11.   Residen Singapura wujud selepas ini iaitu William Farquhar (1819 – 1823) dan John Crawfurd (1823 – 1826).

12.   Kerajaan Johor mempunyai dua orang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura dan Sultan Abdul Rahman di Lingga.

 1.4.4 SHTI mencengkam Singapura

1.      Raffles mendapati perjanjian pada 1819 tidak membolehkan beliau berkuasa penuh di Singapura.

2.      Raffles memaksa Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk menandatangani Perjanjian 7 Jun 1823:

a.       Sultan menerima bayaran 1500 dolar Sepanyol manakala Temenggung menerima bayaran 800 dolar Sepanyol setiap bulan.

b.      SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.

c.       Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.

d.      Undang-undang British dikuatkuasakan.

3.      John Crawfurd memaksa Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk menandatangani Perjanjian 2 Ogos 1824:

a.       Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya.

b.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah taklukannya.

c.       Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau waris mereka boleh menetap di tanah milik mereka di Singapura atau berpindah dari Singapura.

4.      Sultan Hussein berpindah ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat Perjanjian 2 Ogos 1824.

5.      SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran Singapura dari Kuala Sungai ke Teluk Belanga untuk memajukan Singapura.

6.      SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.

7.      Pada 1866, pusat pemerintahan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.












Sejarah Tingkatan 2 Bab 1.1 - 1.3 SHTI Mendapatkan Pulau Pinang dan Seberang Perai


1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur (SHTI) di Pulau Pinang




















Rujukan-rujukan berkenaan SHTI:
a) Rujukan Bahasa Melayu - SHTI
b) Rujukan Bahasa Inggeris - East India Company
c) Rujukan Bahasa Cina 大不列颠东印度公司



1.      Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

- ditubuhkan di England pada tahun 1600.

- menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.

 2.      Kedudukan Pulau Pinang strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.

1.1.1 Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI

Pulau Pinang dapat memenuhi keperluan SHTI iaitu:

a.       Pusat Pengumpulan Barang

l  SHTI memerlukan teh dari China kerana mendapat pasaran baik di Eropah.

l  China memerlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam.

l  Barang-barang tersebut boleh didapati di Kepulauan Melayu.

l  Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan barang.

b.      Pelabuhan Persinggahan

l  Membekalkan air, makanan, kemudahan membaiki kapal sebelum ke Canton, China.

l  Menjadi tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

c.       Pangkalan Tentera

l  British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.

l  Pulau Pinang sesuai mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.

1.1.2 Kedaulatan Kedah tercabar

1.      Kuala Kedah, pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu.

2.      Dasar buka pintu membolehkan Kuala Kedah maju sebagai pelabuhan antarabangsa.

3.      Kedah susah mengekalkan kedaulatan dan kemakmurannya kerana Kedah menghadapi cabaran dari dalam dan luar negeri.

 Ancaman Bugis

a.       Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.

b.      Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.

Anak gahara ialah anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja.

c.       Kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor yang dipimpin oleh Raja Haji. Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.

d.      Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar.

e.       Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapat bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis.

f.       Pada 1771, firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.

g.      Perjanjian ditandatangani:

l  Kedah membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah.

l  Firma memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah.

h.      Perjanjian dibatalkan kerana firma enggan memberi bantuan ketenteraan untuk menyerang Bugis di Selangor.

Ancaman Siam

a.       Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma.




b.      Bunga emas merupakan pokok yang diperbuat daripada emas. Bunga emas dihantar oleh Negeri-Negeri Melayu Utara kepada Siam tiga tahun sekali sebagai tanda persahabatan.

c.       Setelah peperangan tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia.

d.      Sultan Abdullah mendapatkan bantuan ketenteraan daripada SHTI.

e.       Sultan Abdullah sanggup menawarkan Pulau Pinang jika SHTI dapat melindungi Kedah daripada ancaman Siam.


1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang


Rujukan Wikipedia - SHTI Mungkir Janji

1.      SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka terjejas akibat dasar monopoli Belanda.

2.      Pada 1786, Francis Light menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dengan Sultan Abdullah. Kedah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang manakala SHTI memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah.

3.      Syarat-syarat Perjanjian Inggeris – Kedah 1786:

·       SHTI membantu Kedah jika Kedah diserang oleh musuh.

·       SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.

·       SHTI membayar pampasan 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan.

4.      Pada 11 Ogos 1786, bendera Union Jack dikibarkan di Pulau Pinang. Pulau Pinang dinamakan “Prince of Wales Island” dan petempatan SHTI dinamakan Georgetown. 

5.      Pendudukan SHTI di Pulau Pinang menandakan permulaan penjajahan British di Tanah Melayu.

6.      Siam menakluki Patani dan mengancam Kedah pada 1786.

7.      Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI tetapi ditolak kerana SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

8.      Sultan Abdullah mendesak SHTI meninggalkan Pulau Pinang tetapi Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.

9.      Francis Light menawarkan ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.

10.   Pada 1791, Sultan Abdullah mendapatkan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil balik Pulau Pinang.

11.   Francis Light meminta bantuan daripada tentera British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai.

12.   Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.

13.   SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi dengan membayar ganjaran 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.

14.   George Leith dilantik menjadi Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai



1.      SHTI memerlukan Seberang Perai

·       sebagai benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari tanah besar.

·       kerana tanahnya subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang.

2.      Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.

3.      George Leith menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 dengan Sultan Dziauddin.

4.      Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI dengan bayaran 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.

5.      Pada 1821, Kedah ditakluki oleh Siam. SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan.

6.      Pada 1826, Raja Siam iaitu Raja Rama III telah menandatangani Perjanjian Burney 1826 dengan Henry Burney di Bangkok. Antara syarat-syaratnya ialah:

·       British mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah.

·       Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

·       Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.

·       British tidak akan membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.

·       British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam.