1.
Negeri-Negeri
Melayu Utara (NNMU) terdiri daripada:
a.
Perlis
b.
Kedah
c.
Kelantan
d.
Terengganu
2. Zaman imperialis baru ialah zaman
kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika
pada akhir adab ke-19.
3. Imperialis
baru di Asia Tenggara terutamanya di Siam dan Tanah Melayu:
Imperialis
Baru
|
Tempat
diminati
|
Tujuan
|
|
a)
|
Perancis
|
·
Lembah Menam Chao Phraya
·
Segenting Kra (Membina terusan)
|
l mendapatkan
bahan mentah
l mencari
tanah jajahan
|
b)
|
Rusia
|
Ujung Salang
|
|
c)
|
Jerman
|
Pulau Langkawi
|
|
d)
|
Amerika Syarikat
|
Terengganu (Pulau Redang)
|
5. Pembinaan
terusan di Segenting Kra yang dirancang oleh Perancis akan mengancam
perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.
6. Kebimbangan
ini menyebabkan British meluaskan pengaruhnya ke NNMU di Tanah Melayu.
7.
Perjanjian Sulit British-Siam 6
April 1897
l Siam tidak akan menyerahkan NNMU
kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British.
l British mengakui hak Siam ke atas
NNMU.
l British akan membantu Siam jika
diserang musuh.
Ø Tujuan perjanjian sulit ini
adalah untuk menghalang Siam daripada menyerahkan atau membenarkan kuasa lain
bertapak di selatan Siam.
Ø Perjanjian ini gagal kerana sultan-sultan di NNMU
telah menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa lain:
a.
Sultan
Kelantan memberi konsesi tanah kepada Duff Development Company untuk melombong
emas di Kelantan.
8.
Perjanjian Perisytiharan
British-Siam 1902
l British mengiktiraf NNMU diletakkan
di bawah naungan Siam.
l Siam melantik warga-warga British
sebagai penasihat sultan.
l H.E. Duke di Perlis, Meadowe
Frost di Kedah, W.A. Graham di Kelantan.
l Kelantan dan Terengganu tidak
dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing.
l British berjaya mengukuhkan
pengaruhnya di NNMU.
l Menjayakan impian British untuk
menguasai Tanah Melayu.
l Siam menyerahkan NNMU kepada
British.
l Siam tidak akan menyewakan
mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.
Ø Hak Wilayah Asingan ialah hak yang diberikan kepada konsul British bagi menjalankan kuasa
perundangan ke atas warga negara British. Rakyat British diadili mengikut
sistem perundangan British dan tidak mengikut sistem perundangan Siam / negara
tempatan.
Ø Kesan daripada Perjanjian Bangkok
1909:
a.
Sungai Golok
dijadikan sempadan antarabangsa. Tabal diserahkan oleh British kepada Siam.
Manakala Siam menyerahkan Reman kepada Kelantan dan Perak.
b.
Sultan
Kelantan membantah penyerahan Tabal kepada Siam. Penduduk Melayu yang tidak
puas hati telah berhijrah ke Kelantan kerana tidak mahu berada di bawah
pemerintahan Siam.